Friday, March 07, 2008

penerang

di tengah jalan menuju kesepian,
aku sempat berjumpa euphoria.
dia berkata-kata dan berlanggam,
tentang indahnya dunia.
.
sekeranjang kebisuan dibawanya,
terikat rapat tanpa selesa.
sempat kuintip juga,
ada lukisan tanpa bentuk.
.
perjumpaan semasa itu,
begitu melekat di alamku.
masih saja kucium jejaknya,
begitu kuat untuk kuhela.
.
kawan,
tolonglah aku.

No comments: